Monday, December 07, 2009
PETUA HILANGKAN KELEMUMUR

Go to fullsize image

Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.

Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan.

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.

Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.

Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.

Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.


Posted at 08:17 pm by cheqma
Comment (1)  

SIHAT CANTIK KETIKA BERCUTI

Kulit wajah lebih bersinar

Jika anda mahu mengadakan aktiviti di kolam renang mahupun ditepi pantai, harus berhati-hati kerana air garam laut atau klorin yg terdapat di dlm air dikolam renang boleh mengakibatkan rambut serta kulit anda menjadi kering dehidrasi serta kusam. Sebaiknya gunkana krim pelindung sinaran matahari sebelum anda membuat aktiviti luar.

Dalam masa yg sama, berhati-hati ketika menyapu krim kerana jika krim yg dipilih tdk bersesuaian, ia akan menyebakan kulit wajah anda mengelupas.Oleh itu, selepas mandi di kolam atau laut, sebaiknya anda bilas tubuh dgn air bersih dan keri ngkan dgn menggunakan tuala yg lembut. Setelah itu sapukan gel wajah yg mengandungi aloevera serta kenakan pelembab wajah yg mengandungi kadar air yg lebih byk.

Kaki sihat itu seksi

Udara panas boleh menyebabkan kulit kaki anda menjadi bersisik dan kering. Usah bimbang, untuk mengembalikan kelembapan kulit kaki anda ambil masker yg digunakan pada wajah dan sapukan pada kaki setiap malam setelah selesai mengadakan aktiviti.

Anda biarkan ia semalaman dan keesokan harinya anda akan dapati kulit kaki anda lebih mulus dan lembut serta kembali segar.

Rambut sihat dan bersinar

Jika anda sering mengadakan aktiviti di bawah pancaran matahari, hindari dari mewarnakan rambut. Minimumkan penggunaan pengering rambut sebaliknya gunakan tuala untuk mengeringkan rambut. Bagi yang gemar mencuci rambut, gunakan syampu yang ringan dan kaya dengan pelembap yangmembolehkan anda menggunakannya setiap hari. Jika rambut anda diwarnaigunakan syampu khusus. Agar rambut lurus dan rapi biarpun ditiup angin, sapukan pelembap pada tapak tangan dan sapukan ke rambut atausemburkan sedikit penyembur rambut pada sikat sebelum menyikat rambut.

Posted at 08:15 pm by cheqma
MAKLUMBALAS  

ATASI MASALAH BAU BADAN

Masalah bau badan menjadi antara punca individu hilang keyakinan ketika berdepan dengan masyarakat sekali gus menyebabkan pergaulan mereka terbatas. Lebih malang lagi sekiranya bau yang tidak menyenangkan itu membuatkan individu berkenaan berasa rendah diri, terasing dan dipinggirkan.

Langkah rawatan mandi rempah

1. Individu digalakkan mandi terlebih dulu bagi mengekalkan kesegaran dan kebersihan tubuh (mandian digalakkan air suam)

2. Pelanggan akan diminta menjalani rawatan sauna rempah di dalam alat sauna antara 15 hingga 20 minit (wap rempah yang dikeluarkan mampu mengurangkan bau badan, memecahkan lemak dan kurangkan risiko sakit kulit)

3. Urutan kecantikan bagi menganjalkan otot dan kulit badan akan dilakukan antara 20 hingga 30 minit

4. Rempah lulur disapukan pada seluruh badan dan dibiarkan separuh kering

5. Badan digosok perlahan bagi membuang daki dan kotoran (rawatan ini berkesan mencerahkan kulit)

6. Kemudian bodymask disapukan pada seluruh badan untuk menganjalkan kulit dan biarkan selama 20 minit untuk memastikan ia meresap pada kulit

7. Mandi rempah dilakukan selama 30 minit hingga satu jam (pelanggan akan berendam dalam tab mandi yang mengandungi air rempah)

9. Mandian biasa dilakukan untuk membersihkan diri

10.Akhir sekali, individu diberi minuman herba untuk kecergasan badan


Khasiat mandi rempah

Menghilangkan bau badan
Menegangkan dan mencerahkan kulit
Membuang daki dan kotoran yang melekat pada badan
Mengekalkan kesihatan tubuh individu
Memberi lebih keyakinan kepada individu

Golongan yang mempunyai masalah bau badan

Merokok
Minum arak
Genetik saiz badan
Gaya hidup
Ketidakseimbangan hormon badan
Pemakanan

Posted at 08:11 pm by cheqma
MAKLUMBALAS  

Sunday, October 25, 2009
BERITA TERKINI MPSB

JALAN KEPADA PENUBUHAN KOPERASI RK MEMERLUKAN BANYAK KOS...CONTOHNYA UTK ;

1.menyewa sebuah pejabat untuk dijadikan tempat rujukan surat menyurat.
2.menyambung talian telefon.
3.membangunkan website untuk kemudahan rk mengemaskini maklumat dan akaun serta mengetahui berita dan info semasa.
4.mendaftarkan koperasi secara sah dari segi undang2 malaysia.
5.membayar upah pekerja yang mengemaskini maklumat rk ke dalam sistem yang sedang diusahakan.terdapat seramai 15ribu RK semuanya..Upahnya rm1 bagi setiap RK.
6.Kos-pengurusan penubuhan koperasi yg selama ini telah banyak di "advance" oleh insan mulia.....

dan banyak lagi kos -kos yg tidak disebutkan disini.
Oleh itu kami masih menyeru kpd rk yang bermurah hati untuk membantu kita bukan setelah koperasi ditubuhkan nanti tetapi bermula dr peringkat yang sangat penting ini.

Cheqma harap kita jnglah jadi insan yg sangat berkira-kira akan apa yg kita dapat tapi juga harus berkira-kira tentang apa yg kita dapat sumbangkan kepada orang ramai terutama untuk jalan kebajikan dan kebaikan.

untuk pertanyaan sahabat kita tentang sumbangan yg lepas itu...akan kita bincangkan setelah penubuhan koperasi selesai.Buat masa ini pendaftaran RM50 yang saya sebutkan hanya diambil kira kepada yg menyumbang bermula pada 10 Oktober yg lepas ( tarikh berita ini ditlis di forum )
namun kita memang berhasrat untuk memulangkan wang lebihan sumbangan RK supaya adil kepada semua orang.so,buat masa ini resit yg dibayar pada dan selepas 10 oktober akan dikira sebagai bayaran yuran keahlian koperasi RK.

Posted at 12:39 am by cheqma
Comment (1)  

Sunday, October 18, 2009
PENUBUHAN KOPERASI RAKAN KONGSI MPSB

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA RAKAN KONGSI YG DIHORMATI...
SEBELUM MENERUSKAN BICARA,INGIN CHEQMA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UTK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA WALAUPUN SUDAH DI PENGHUJUNG SYAWAL ...
CHEQMA MOHON MAAF ATAS SEGALA KETERLANJURAN KATA DAN PERBUATAN ...JIKA ADA YG TIDAK MEMERIMA BALASAN SMS TU...HRP DIMAAFKAN.NAMUN TERIMA KASIH ATAS INGATAN RAKAN SEMUA FOR SMS UCAPAN RAYA UTK SAYA.
BY THE WAY ,KEPADA SESIAPA YG MEMBACA DAN TINGGAL DI SEKITAR JOHOR.JEMPUTLAH KE RUMAH TERBUKA SAYA DI TAMAN SRI MEWAH,SENGGARANG BATU PAHAT PADA SABTU,ESOK MALAM 10HB OKT,JAM 8.00 MALAM

BERBALIK KEPADA BERITA TENTANG MPSB...
UTK PENGETAHUAN SEMUA...USAHA PENUBUHAN KOPERASI RAKAN KONGSI SEDANG GIAT DIJALANKAN.PENUBUHAN KOPERASI INI BERTUJUAN UNTUK MENYATUKAN SEMUA RAKAN KONGSI DIBAWAH SATU PERTUBUHAN YANG SAH DISISI UNDANG-UNDANG BAGI USAHA UNTUK MENUNTUT WANG RAKAN KONGSI YANG BERADA DITANGAN BANK NEGARA BUAT MASA INI.

UNTUK MAKLUMAN JUGA.PENUBUHAN KOPERASI INI DICADANGKAN BERIKUTAN BEBERAPA PERBINCANGAN YANG DIADAKAN OLEH PEMEGANG MANDAT DAN MENTERI DI KEMENTERIAN YANG BERKAITAN.
SEBANYAK 15 RIBU MAKLUMAT RAKAN KONGSI YG DIAMBIL DARI PIHAK MPSB TELAH DIKUMPULKAN .
HINGGA HARI INI,LEBIH KURANG 1000 ORANG MAKLUMAT RAKAN KONGSI TELAH DIKEMASKINI KE DALAM SISTEM...MASIH ADA 14 RIBU YG BELUM SELESAI.( BUDAK2 YG BUAT KERJA NI PUN PERLU DIBAYAR)
SEBELUM SURAT DIHANTAR,KITA PERLU ADA SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH PEJABAT UNTUK DIALAMATKAN DAN TALIAN TELEFON UTK DIHUBUNGI SERTA SEORANG KERANI DISANA.(INI SEMUA MEMERLUKAN KOS YG TINGGI)

SEMUA RAKAN KONGSI AKAN DIHUBUNGI MELALUI SURAT ATAU SMS DAN DIKENAKAN RM20 SEBAGAI YURAN PENDAFTARAN AHLI KOPERASI DAN RM30 SEBAGAI SAHAM KOPERASI.BERMAKSUD,SETIAP RK DIHARAP DAPAT MENYEMPURNAKAN BAYARAN SEBANYAK RM50 SEBAGAI AHLI KOPERASI YG BAKAL DITUBUHKAN DALAM MASA TERDEKAT INI.
USAHA MEMBANGUNKAN WEB JUGA SEDANG DILAKUKAN...NAMUN KITA ADA MASALAH KEWANGAN..KOS AGAK TINGGI,

LAGI PUN YURAN YG DINYATAKAN BELUM DIKUTIP DARIPADA RAKAN KONGSI,
SO USAHA UTK MENAMPUNG KOS PERLU DILAKUKAN.(KEPADA YG SUDI BOLEH MENYUMBANG KE DALAM TABUNG DAN AKAN DIBERI PENGECUALIAN PENDAFTARAN AHLI KOPERASI)

KITA JUGA SEKARANG DALAM USAHA UTK MENDAFTARKAN KOPERASI SECARA SAH DISISI UNDANG2.(JUGA PERLU DUIT )

TUAN PUAN BOLEHLAH MENELITI DRAF DIBAWAH UTK MENDAPAT MAKLUMAT DAN KEFAHAMAN YG LEBIH TEPAT :

1.TUJUAN
:: Di dalam apa jua keadaan, Rakan Kongsi atau
pelabur-pelabur Entrepreneur Development
Programme anjuran Mercantile Point Sdn Bhd (MPSB)
adalah diutamakan.
:: Berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua
Rakan Kongsi atau pelabur-pelabur yang kerugian
mendapat pulangan ‘ringgit ke ringgit’ termasuk koskos
bank yang terpaksa ditanggung selama ini.
:: Menyatu padukan semua rakan kongsi sehingga
boleh ditubuhkan sebuah Koperasi yang mantap,
berwibawa dan mengutamakan sasaran
penubuhannya.
:: Menjalinkan kerjasama dengan semua pihak sebagai
usaha untuk mencapai kejayaan maksima.

2.KAEDAH
:: Mengumpulkan semua rakan kongsi.
Menggunakan data yang ada, semua rakan kongsi akan
dihubungi melalui surat rasmi, sms dan mewujudkan
website bagi mengemaskini data-data peribadi.
Semua rakan kongsi akan mengisi maklumat-maklumat
peribadi bagi mengkategori kerjaya, bidang yang
diceburi, pengalaman dan maklumat-maklumat lain
yang dapat membantu usaha seterusnya mencapai
kejayaan.

3.MENGUMPULKAN DANA:

Rakan Kongsi yang berdaftar dan telah mengemaskini
maklumat peribadi akan di minta untuk menyumbangkan
RM 50.00 seorang.
Wang ini akan dijadikan dana untuk membayar kos-kos
operasi dan kos pentadbiran.
Bagi melancarkan urusan sumbangan dan ketelusan
perbelanjaan, sebuah firma akauntan dan audit yang
bertauliah akan dilantik bagi merekodkan maklumat
mengenai sumbangan dan perbelanjaan.
Adalah dipersetujui satu bentuk akaun yang sah disisi
undang-undang akan diwujudkan untuk penyaluran
sumbangan dari Rakan KongsI

4.MENUNTUT HAK :

Melalui panel peguam yang dilantik, kedudukan Rakan
Kongsi hendaklah dinilai kedudukannya bagi menentukan
hak-hak yang diperuntukkan di sisi undang-undang
negara.
Samada MPSB menang ataupun kalah di dalam
perbicaraan, keputusan Rakan Kongsi adalah muktamad
iaitu menuntut wang mereka dikembalikan lalu disalurkan
ke dalam tabungan yang telah disediakan.
Apabila tertubuhnya Koperasi, wang ini akan disalurkan
ke akaun Koperasi. Wang ini akan digunakan untuk
pelaburan perniagaan di dalam dan di luar negara.
Matlamat utamanya adalah untuk menggandakan wang
dengan seberapa segera. Wang yang dilaburkan
hendaklah di dalam senarai Fixed Investment Instrument.

5.MENUBUHKAN KOPERASI ;
Koperasi akan ditubuhkan bagi menjalankan kegiatan
ekonomi bagi menjana pendapatan kepada ahli-ahlinya.
Koperasi akan bekerjasama erat dengan pihak kerajaan
dan juga menjalinkan usahasama dengan semua pihak
yang terlibat.
Ahli Jawatankuasa Koperasi akan menentukan dasar dan
polisi perjalanan operasi dan memutuskan bentuk aktiviti
perniagaan, perdagangan dan pelaburan.
Koperasi akan menubuhkan anak-anak syarikat yang
khusus untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan ,
perdagangan dan pelaburan yang berbeza fungsinya di
antara satu sama lain. Pegawai kanan anak-anak syarikat
hendaklah terdiri dari individu yang layak dan mempunyai
rekod yang baik di dalam bidang masing-masing.

DENGAN USAHA MURNI PEMEGANG MANDAT DAN BEBERAPA ORANG KUAT DLM JB,SEGALA USAHA KE ARAH PENUBUHAN KOPERASI RAKAN KONGSI INI YANG AKAN DINAMAKAN "KOPRASI" SEDANG MELALUI USAHA2 TERAKHIR.NAMUN BANYAK LAGI KOS YANG PERLU DITANGGUNG.

JADI,CHEQMA SANGAT2 BERHARAP KITA SEMUA SEBAGAI RAKAN KONGSI UTK TURUT SAMA MENYUMBANGKAN WANG UTK MENAMPUNG KOS2 YG SEDANG GIAT DIJALANKAN KERANA KAMI MASIH MEMERLUKAN BYK KEWANGAN UTK MENERUSKAN USAHA INI.

DAN UTK MAKLUMAN SEMUA...WANG BEBERAPA ORG DLM JB TELAH BYK DIHABISKAN UTK MEREALISASIKAN USAHA INI...

DENGAN ITU,CHEQMA HARAP SEMUA RAKAN KONGSI HARUS SANGAT MEMAHAMI, BERSATU HATI,SATU TANGGUNGJAWAB DEMI SATU TUJUAN ...USAHA INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA,BUKAN BEBERAPA ORG SAHAJA.WANG YG INGIN DITUNTUT ADALAH UTK KITA SEMUA...JADI,USAHALAH BERSAMA...MANA YG TERMAMPU OLEH ANDA SEMUA...

CHEQMA DAN PEMEGANG MANDAT SANGAT BERBESAR HATI JIKA ANDA YG MEMBACA BERITA INI DPT MEMANJANGKAN KEPADA RAKAN YG LAIN UTK MENYUMBANG KE DALAM AKAUN TABUNG JB SEPERTI YG TERTERA DIBAWAH :

Bank : CIMB
Akaun : 1432-0000928-20-5
Wakil JB : FATHIL KHAIR BIN MUHAMMAD
Contact No : 019-3995790

SEGALA BUTIRAN TRANSAKSI BOLEH DIALAMATKAN KPD EMAIL SAYA : cheqma71@gmail.com ATAU
FATHIL : fathil.khair@gmail.com" onclick="window.open(this.href);return false" onclick="window.open(this.href);return false

UNTUK DIAMBIL TINDAKAN SEGERA.

[b]SEKALI LAGI CHEQMA MAKLUMKAN...KEPADA RAKAN KONGSI YANG MENYUMBANG SEBANYAK RM50 KEPADA TABUNG UTK MEMBANTU USAHA INI,KOS PENDAFTARAN AHLI KOPERASI DAN UNIT SAHAM TIDAK PERLU DIBAYAR LAGI...YG MUSTAHAK,BUKTI TRANSAKSI PERLU DISIMPAN DAN DIEMAILKAN KEPADA ALAMAT SEPERTI DIATAS UNTUK TINDAKAN SEGERA.

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG CADANGAN DAN SOALAN ,SILA KEMUKAKAN DISINI.INSYAALLAH AKAN SAYA JAWAB DENGAN SEGERA.(PLEASE DON'T SMS BYK SNGAT...X BERKESEMPATAN NAK JWB)
AKHIR KALAM..MAAF JIKA ADA YG TERKECIL HATI ATAU TERASA...SAYA HANYA HAMBA ALLAH YANG INGIN MEMBANTU...

SEKIAN TERIMA KASIH.

_________________
SHARING IS CARING

MULIA MEMULIAKAN SESAMA INSAN


Posted at 11:56 am by cheqma
Comments (3)  

Monday, October 05, 2009
BELAJAR SULAM MANIK

TEKNIK SULAMAN NI CHEQMA COPY DARI BLOG CHEQ SU...harap cheq su tak marah ya...berkongsi dng kawan cheqma...

Jahit Manik Manjalara

Hari ni cheq sempat siapkan jahit manik manjalara. Atas permintaan kawan-kawan yg selalu singgah ke blog cheq ni, cheq nak berkongsi teknik atau cara-cara jahit manik untuk bunga manjalara (nama sulam manik ni ikut suka kita nak letak nama apa pun sebenarnya).

IMG_0292

1. Sediakan peralatan secukupnya. Pilihan warna manik ikut kreativiti, asalkan matching dengan warna kain. Gunakan jarum khas utk jahit manik. Pilih warna benang yang hampir dengan warna kain.

IMG_0246 IMG_0248

2. Lukiskan bentuk seperti gambar di bawah menggunakan eraseable pen atau kapur lukis. Masukkan 3 manik maroon & 3 manik putih.

IMG_0250 IMG_0252

3. Jahitkan manik di setiap penjuru mengikut bentuk yang dilukis.

IMG_0253 IMG_0254

IMG_0255 IMG_0256

4. Mulakan jahitan untuk kelopak bunga jarakkan 1 manik ke bawah. 3 manik maroon & 3 manik putih. Jahitkan sebelah menyebelah.

IMG_0257 IMG_0258

IMG_0259 IMG_0260

5. Penuhkan semua kelopak bunga.

IMG_0261 IMG_0265

6. Jahitan di belakang kain akan kelihatan begini. Kalau rajin boleh jahitkan kain lain untuk tutup kesan jahitan ni. Ada juga yg buka dulu basi jahitan pada lengan baju tu….apabila siap dijahit manik barulah dijahit semula basi kain dengan jahitan silang pangkah. Kena caj lebih sikitlah kalau nak macam tu.

IMG_0262 IMG_0263

7. Matikan jahitan. Jahitkan untuk tengah bunga menggunakan manik mutiara (cheq guna manik beras, sebab tak sempat beli manik mutiara). Untuk lengan baju cantik sekiranya bunga dijahit 3 atau 4 kuntum.

IMG_0264 IMG_0266

8. Jahit  manik manjalara ini tak lengkap kalau tak ditambah dengan jahitan batang berlekuk macam ni. Lukis lekuk untuk batang manjalara (menjalar).

IMG_0285 IMG_0286

9. Jahit manik putih menggunakan teknik jahitan ke belakang (back stitch). Sesetengah orang jahit teknik jelujur. Bagi cheq pula teknik back stitch lebih kemas dan kukuh.

IMG_0287 IMG_0289

10. Dah siap!! Selamat mencuba :)

 IMG_0291


Posted at 06:49 pm by cheqma
MAKLUMBALAS  

Tuesday, August 04, 2009
kUIH BERBUKA PUASA

KUEH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
garam

Bahan B
1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
1/2 cawan air
pewarna hijau

Bahan C
1/2 cawan air
Cara Memasak
1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci.
5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.

Posted at 03:27 pm by cheqma
MAKLUMBALAS  

Saturday, May 09, 2009
TAWARAN ISTIMEWA BATIK SUTERA : RM95 SAHAJA !

                         

BATIK SUTERA LELAKI HANYA RM95 SEHELAI.

BATIK SUTERA PEREMPUAN,BERMULA DENGAN RM125 SEPASANG.

UNTUK TEMPAHAN DAN MAKLUMAT LANJUT,ANDA BOLEH MENGHUBUNGI

PN.ZALMA 0197236161/EN KHALDON 0197236262

KAMI MENAWARKAN HARGA PAKEJ YANG ISTIMEWA UNTUK UNIFORM KAKITANGAN KERAJAAN ATAU AGENSI DAN SYARIKAT.


Posted at 09:34 am by cheqma
Comment (1)  

Sunday, March 22, 2009
mesti endah

 

Intussusception dan Perawatannya

Salam,

Baru-baru ni saya didatangi seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Sakitnya datang dan pergi setiap 10 minit. Setiap kali sakit maka dia akan menendang-nendang dan mengangkat-angkat kakinya menunjukkan sakit yang teramat sangat.

Dia tiada demam tetapi mukanya kelihatan pucat. Masalah berlaku sejak sehari yang lepas. Pada awalnya ibu-bapanya menganggap ia sakit perut biasa, tetapi lama kelamaan ia menjadi semakin teruk. Anak tidak mahu makan, dan sesekali muntah.

Semasa memeriksa, saya dapati ada sedikit benjolan pada perutnya sebesar buah golf yang tidak beberpa ketara di sebelah atas perut. Beraknya tidak berdarah.

Mengesyaki ia mungkin intussusception, pakar kanak-kanak telah dirujuk dengan segera. Kanak-kanak tersebut dihantar untuk menjalani ultrasound abdomen dan akhirnya menjalani barium enema untuk merawat masalahnya.

Apa itu Intussusception?Intussusception ialah satu keadaan di mana usus menjadi seolah-olah teleskop. Sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat.

Jika dilihat pada gambar, bukan hanya usus sahaja yang terperangkap tetapi ia membawa bersamanya salur darah dan mesentry (tisu seperti langsir yang ada salur darah). Salur darah tersebut akan tersumbat akibat tekanan dan boleh menyebabkan sel usus bengkak dan akhirnya sel tersebut mati. Adakalanya usus boleh bocor, kuman boleh merebak ke dalam darah dan menyebabkan kematian pesakit.


Penyebab Intussusception

Kebanyakan (hampir 90%) Intussususception tidak diketahui puncanya. Ia boleh berlaku pada umur 3 bulan sehingga 6 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih ramai terkena berbanding perempuan. Ada juga sebilangan kecil dikaitkan dengan jangkitan virus atau bakteria tertentu. Ada juga mengaitkannya dengan ketumbuhan kecil seperti polyps dan pembengkakan kelenjar pada usus.


Gejala-gejala Intussusception

Antara gejala-gejalanya ialah sakit perut yang teruk. Ia datang dengan sela masa . Perut menjadi seolah-olah kejang dan adakalanya sakit menjadi kurang dan kemudiannya datang semula. Oleh kerana sakit menjadi terlalu kuat, kanak-kanak membengkokkan kakinya dan menekannya pada dada untuk mengurangkan kesakitan.

Muntah juga adalah salah satu gejalanya. Kadangkala muntah sehingga hanya cecair hempedu sahaja yang keluar dipanggil muntah hijau.

Najis mungkin berdarah bercampur dengan lendiran. Ini dipanggil "red currant jelly stool".


Perawatan

Kanak-kanak akan dimasukkan ke dalam wad dan akan tidak dibenarkan makan dan minum. Air akan dimasukkan melalui salur darah.

X ray diperlukan untuk melihat sekiranya terdapat sumbatan pada usus. Seterusnya Ultrasound boleh membantu untuk membuat diagnosis.

Bagi perawatan seterusnya, barium enema boleh digunakan untuk membuat diagnosis dan dalam pada masa yang sama boleh meleraikan masalah intussusception.

Semasa barium enema dilaksanakan, sejenis cecair yang dicampurkan dengan bahan pewarna dimasukkan melalui sejenis tiub khas ke dalam punggung bayi. Kemudian x-ray khas akan mengambil gambar usus berkaitan. Dalam masa yang sama, tekanan yang dihasilkan di dalam usus akibat barium enema tadi akan meleraikan simpulan dan menyelesaikan masalah intuss.

Apapun, barium enema juga mempunyai risiko kecil untuk usus terkoyak dan sukar dilaksanakan sekiranya kanak-kanak terlalu uzur. Ada juga risiko untuk kejadian semula selepas enema.

Sekiranya barium enema gagal, maka cara terakhir ialah merawat instussusception melalui pembedahan. Doktor akan meleraikan usus tersebut secara manual, jika tidak boleh, maka usus tersebut akan dipotong dan dibuang. Usus yang nomal akan dijahit semula (end to end anastomosis).

Kesimpulan

Intussusception boleh berlaku pada kanak-kanak seawal 4 bulan. Oleh itu sekiranya anak anda menghidap sakit perut yang teramat dan tidak berhenti dengan pujukan, beserta dengan muntah dan berak berdarah, intussusception mungkin penyebabnya.

Wallahu Alam.

Posted at 03:15 pm by cheqma
MAKLUMBALAS  

AMBIL ENDAH

TELEFON BIMBIT HARAM DI SEKOLAH

Go to fullsize image

Kementerian Pelajaran mengambil keputusan melarang terus penggunaan telefon bimbit oleh pelajar-pelajar di kawasan sekolah berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan itu diambil oleh kementerian setelah perbincangan diadakan dengan guru-guru dan wakil persatuan guru pada mesyuarat jawatankuasa induk menangani gejala disiplin murid di sini semalam.

Katanya, ia selaras dengan surat Pekeliling 1 Tahun 2006 yang telah dihantar ke sekolah-sekolah yang meminta pihak sekolah melarang para pelajar membawa atau menggunakan telefon bimbit di sekolah.

"Semasa mesyuarat tadi (semalam), saya dimaklumkan pelajar yang membawa telefon bimbit gemar bermain SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan rakan-rakan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa penggunaan telefon bimbit memang dilarang di sekolah dan kita merayu kepada ibu bapa supaya jangan membenarkan anak-anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah," katanya.

______________________________________________________________


 


Posted at 02:08 pm by cheqma
MAKLUMBALAS  

Next Page


cheqma

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Kewujudan BLOG TALIAN ILMU diharapkan menjadi wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

BUAT KAKI SENI : "BATU PERMATA TIDAK BERKILAT TANPA GESERAN,BEGITU MANUSIA TIDAK SEMPURNA TANPA PERCUBAAN."

BUAT RAKAN SEPERJUANGAN : "KEGAGALAN ADALAH SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN...IA SATU KEPERLUAN..SESUATU YANG BERGUNA...SATU CARA UNTUK LEBIH BERJAYA "

BUAT PARA PELAJAR : "TEACHERS OPEN THE DOOR BUT YOU MUST ENTER BY YOURSELF"

>

   


PAUTAN :

  • PENDIDIKAN :

    SCRIBD-Share document

    PERKONGSIAN FAIL PERCUMA

    KUIZ PTK

    CIKGU.NET

    OPEN UNIVERSITI MALAYSIA

    SIBERTUISYEN

    KAMUS ONLINE

    MUAT TURUN SUKATAN PELAJARAN

    KUIZ B.INGGERIS

    PPD BATU PAHAT

    TUTOR.COM

  • BISNESS :

    SEMASA :

  • RESEPI

    DAKWAH

    SENI KREATIF :
    sulam manik

    SULAM KREATIF

    info seni dan PJJ

    SHOPPING :

    BUTIK TUDUNG ART :

    SENIJAHITAN

    KEDAI KREATIF

    Follow this site



  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed